Budi Bahasa Budaya Kita

Budi Bahasa Budaya Kita

Thursday, 3 October 2013

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN KESANTUNAN BERBAHASA (ISU SIKAP IBU BAPA & MASYARAKAT)



     Dalam insiden terbaru pula, dilaporkan seorang guru lelaki berusia 28 tahun ditampar ibu seorang pelajar yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru menampar anak wanita itu di sebuah sekolah menengah di Perlis.Kejadian dilaporkan berpunca daripada masalah disiplin membabitkan pelajar lelaki tingkatan satu dari sekolah berkenaan. Walaupun pihak sekolah cuba menjernihkan semula keadaan dengan mendamaikan kedua-dua pihak namun wanita berkenaan masih tidak puas hati bertindak menampar guru terbabit di hadapan pengetua dan guru lain.


     Zaman sudah berubah,dahulunya kita di bangku sekolah kita takut akan guru kerana guru cukup dihormati,hinggakan murid murid tidak terasa hati jika dimarahi atau dirotan oleh guru,paling teruk pun selepas dirotan akan merungut dan menahan kesakitan. Walaupun dirotan,namun tidak berbekas dihati atau mendendami guru,kerana anak anak sudah dididik supaya menghormati guru,malah ibu bapa ketika itu beranggapan telah menyerahkan tanggung jawab mendidik anak mereka maka guru berhak merotan demi kebaikan dan mendisplinkan anak anak.

     Akan tetapi, cara mendidik anak anak pada masa sekarang jauh berbeza,Ibu Bapa zaman sekarang mengajar anak supaya tidak menghormati guru atau lebih tepat lagi tidak mengajar anak anak supaya menghormati orang yang lebih tua.


     Sebenarnya, Kementerian Pelajaran harus menguatkuasakan undang undang,jika ibu bapa terlibat mencampuri urusan guru di sekolah harus diambil tindakan undang undang,malah jika anak terlalu kurang ajar dan menyerang guru,ibu bapa mereka harus dihukum,kerana tidak pandai mendidik anak menjadi kurang ajar dan tidak bermoral.Harus diingat,didikan agama juga harus diterapkan agar tatasusila ,berakhlak mulia dan bermoral anak anak dapat dibentuk sejak dari kecil.





No comments:

Post a Comment