Terdapat dua kumpulan ibu bapa Melayu: pertama, yang
menuturkan bahasa Melayu di rumah; dan kedua, ibu bapa yang berbahasa Inggeris.
Bagi keluarga yang tidak menuturkan bahasa Melayu di rumah, sikap pesimis
terhadap bahasa Melayu begitu jelas sekali. Komponen kognitif lebih memainkan
peranan di sini berbanding komponen afektif. Walaupun terdapat juga perasaan
cinta terhadap bahasa Melayu, suasana dalam dunia pekerjaan yang dialami ibu
bapa membentuk tanggapan bahawa bahasa Inggeris lebih dititikberatkan daripada
bahasa Melayu.
Di Singapura, bahasa
Inggeris diangkat sebagai bahasa kerja (working language). Ibu bapa percaya
penekatan hidup di Singapura memerlukan penguasaan bahasa Inggeris. Justeru ibu
bapa akan menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris di rumah untuk menyesuaikan
dan melengkapkan diri anak- anak mereka dalam menghadapi arus kemodenan yang
semakin mencabar.
Bagi sesetengah ibu bapa yang masih berbahasa Melayu di
rumah pula, mereka mengganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata
pelajaran yang mudah atas alasan bahasa itu memang diamalkan seharian. Tumpuan
dan penekanan hanya diberikan kepada mata pelajaran yang dianggap lebih
mencabar seperti sains dan matematik. Golongan yang dituding untuk menerapkan
semangat cintakan bahasa Melayu tidak lain tidak bukan ialah golongan guru.
Pada asasnya, ibu bapa atau keluarga merupakan orang pertama
yang perlu menerapkan nilai berbudi bahasa dan kesantunan berbahasa sama ada
secara formal atau tidak formal kepada anak-anak. Ibu bapa wajar mendidik,
membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik, betul, bersopan,
terpuji dan saling menghormati. Hal ini demikian kerana, telah terbukti
anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mengutamakan kesantunan dalam
berbahasa biasanya akan menjadi individu yang bersopan serta berbudi
bahasa.
Bagi memupuk rasa hormat menghormati kepada ibu bapa, kata panggilan “mak”, “mama”, “ayah”, dan “abah” digunakan. Namun begitu sejak akhir-akhir ini kata panggilan “ummi”, dan “abi” telah diambil dari bahasa Arab dan panggilan “mummy” dan “daddy” pula diambil daripada bahasa Inggeris dan kata panggilan tersebut telah diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu. Begitu juga rasa hormat kepada datuk atau nenek kata panggilan “atuk”. “nenek”, “tok ayah”, dan “tok wan” digunakan.
Tutur kata anak-anak kepada ibu bapa hendaklah sopan, lembut dan penuh hormat dalam apa jua keadaan. Anak-anak tidak boleh sekali-kali beraku atau berengkau dengan ibu bapa atau memanggil dengan nama mereka. Tanggungjawab memastikan anak-anak menggunakan bahasa yang santun terpikul di atas bahu ibu bapa kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak. Pemupukan, penghayatan dan penggunaan bahasa yang sopan dalam masyarakat hendaklah sentiasa ditekankan kerana amalan ini menggambarkan budaya Melayu yang tinggi.

Casino Games Near Me - MapyRO
ReplyDeleteCasino Games Near Me - Find 공주 출장샵 Casinos Near Me in Atlanta, GA, Casinos 천안 출장샵 Near Me - 원주 출장안마 Find 경상북도 출장안마 Casinos Near Me - Find the best places 경기도 출장마사지 to go to find