Budi Bahasa Budaya Kita

Budi Bahasa Budaya Kita

Friday, 25 October 2013

I Love My Friends


                                        We with the Proboscis monkey

I'm happy being in Teacher Education Institute Campus Keningau. My course mates are very cheerful, friendly and helpful. This is the first time I have a close friend from different states.  I'm not racist. I don’t know since when we become closer to each other. Although we have some misunderstanding before this but I hope that our friendship will never end. Thanks for your cooperation in doing this blog, preparing and presenting our group work, helping me doing individual and group coursework. Lastly, good luck for our upcoming examination. I know we all can do it and pass with a flying colour.

"A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow".-William Shakespeare. 

With love,


Wanni Sz


Thursday, 3 October 2013

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN KESANTUNAN BERBAHASA (ISU SIKAP IBU BAPA & MASYARAKAT)



     Dalam insiden terbaru pula, dilaporkan seorang guru lelaki berusia 28 tahun ditampar ibu seorang pelajar yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru menampar anak wanita itu di sebuah sekolah menengah di Perlis.Kejadian dilaporkan berpunca daripada masalah disiplin membabitkan pelajar lelaki tingkatan satu dari sekolah berkenaan. Walaupun pihak sekolah cuba menjernihkan semula keadaan dengan mendamaikan kedua-dua pihak namun wanita berkenaan masih tidak puas hati bertindak menampar guru terbabit di hadapan pengetua dan guru lain.


     Zaman sudah berubah,dahulunya kita di bangku sekolah kita takut akan guru kerana guru cukup dihormati,hinggakan murid murid tidak terasa hati jika dimarahi atau dirotan oleh guru,paling teruk pun selepas dirotan akan merungut dan menahan kesakitan. Walaupun dirotan,namun tidak berbekas dihati atau mendendami guru,kerana anak anak sudah dididik supaya menghormati guru,malah ibu bapa ketika itu beranggapan telah menyerahkan tanggung jawab mendidik anak mereka maka guru berhak merotan demi kebaikan dan mendisplinkan anak anak.

     Akan tetapi, cara mendidik anak anak pada masa sekarang jauh berbeza,Ibu Bapa zaman sekarang mengajar anak supaya tidak menghormati guru atau lebih tepat lagi tidak mengajar anak anak supaya menghormati orang yang lebih tua.


     Sebenarnya, Kementerian Pelajaran harus menguatkuasakan undang undang,jika ibu bapa terlibat mencampuri urusan guru di sekolah harus diambil tindakan undang undang,malah jika anak terlalu kurang ajar dan menyerang guru,ibu bapa mereka harus dihukum,kerana tidak pandai mendidik anak menjadi kurang ajar dan tidak bermoral.Harus diingat,didikan agama juga harus diterapkan agar tatasusila ,berakhlak mulia dan bermoral anak anak dapat dibentuk sejak dari kecil.





ISU-ISU BERKAITAN DENGAN KESANTUNAN BERBAHASA (ISU SIKAP MASYARAKAT)


     Gerakan badan Melayu seperti mesyuarat di masjid, pertubuhan sehinggalah kalangan elit Melayu seperti doktor sehinggalah usahawan perlulah menonjolkan penggunaan bahasa Melayu yang elok.Kelak ini akan menjadi penyedar dan petunjuk kepada anak muda kita, termasuk pelajar, agar berasa bangga akan bahasa ibundanya. 
    Kesimpulannya, apa pun sikap yang terbuku dalam jiwa masyarakat kita, masih belum terlambat bagi setiap individu untuk sedar akan kepentingan bahasa ibundanya. Bahasa sebagai identiti bangsa bukanlah 'alat' semata-mata seperti mana yang ramai sangkakan. Di dalam bahasa ibunda tersirat nilai-nilai moral dan adab yang harus ada dalam sahsiah setiap individu.

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN KESANTUNAN BERBAHASA (ISU SIKAP IBU BAPA)



       Terdapat dua kumpulan ibu bapa Melayu: pertama, yang menuturkan bahasa Melayu di rumah; dan kedua, ibu bapa yang berbahasa Inggeris. Bagi keluarga yang tidak menuturkan bahasa Melayu di rumah, sikap pesimis terhadap bahasa Melayu begitu jelas sekali. Komponen kognitif lebih memainkan peranan di sini berbanding komponen afektif. Walaupun terdapat juga perasaan cinta terhadap bahasa Melayu, suasana dalam dunia pekerjaan yang dialami ibu bapa membentuk tanggapan bahawa bahasa Inggeris lebih dititikberatkan daripada bahasa Melayu.


   Di Singapura, bahasa Inggeris diangkat sebagai bahasa kerja (working language). Ibu bapa percaya penekatan hidup di Singapura memerlukan penguasaan bahasa Inggeris. Justeru ibu bapa akan menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris di rumah untuk menyesuaikan dan melengkapkan diri anak- anak mereka dalam menghadapi arus kemodenan yang semakin mencabar.


     Bagi sesetengah ibu bapa yang masih berbahasa Melayu di rumah pula, mereka mengganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang mudah atas alasan bahasa itu memang diamalkan seharian. Tumpuan dan penekanan hanya diberikan kepada mata pelajaran yang dianggap lebih mencabar seperti sains dan matematik. Golongan yang dituding untuk menerapkan semangat cintakan bahasa Melayu tidak lain tidak bukan ialah golongan guru. 


     Pada asasnya, ibu bapa atau keluarga merupakan orang pertama yang perlu menerapkan nilai berbudi bahasa dan kesantunan berbahasa sama ada secara formal atau tidak formal kepada anak-anak. Ibu bapa wajar mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik, betul, bersopan, terpuji dan saling menghormati. Hal ini demikian kerana, telah terbukti anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mengutamakan kesantunan dalam berbahasa biasanya akan menjadi individu yang bersopan serta berbudi bahasa.

     Bagi memupuk rasa hormat menghormati kepada ibu bapa, kata panggilan “mak”, “mama”, “ayah”, dan “abah” digunakan. Namun begitu sejak akhir-akhir ini kata panggilan “ummi”, dan “abi” telah diambil dari bahasa Arab dan panggilan “mummy” dan “daddy” pula diambil daripada bahasa Inggeris dan kata panggilan tersebut telah diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu. Begitu juga rasa hormat kepada datuk atau nenek kata panggilan “atuk”. “nenek”, “tok ayah”, dan “tok wan” digunakan. 
    
   Tutur kata anak-anak kepada ibu bapa hendaklah sopan, lembut dan penuh hormat dalam apa jua keadaan. Anak-anak tidak boleh sekali-kali beraku atau berengkau dengan ibu bapa atau memanggil dengan nama mereka. Tanggungjawab memastikan anak-anak menggunakan bahasa yang santun terpikul di atas bahu ibu bapa kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak. Pemupukan, penghayatan dan penggunaan bahasa yang sopan dalam masyarakat hendaklah sentiasa ditekankan kerana amalan ini menggambarkan budaya Melayu yang tinggi.

 

Wednesday, 2 October 2013

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA


















Menurut Kamus Dewan, 1994 Santun merupakan perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti). Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan, dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi. 

PANDANGAN TOKOH-TOKOH DUNIA DAN TEMPATAN

  •  Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
  •   Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
  • Kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
  •  Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.Contohnya: bahasa mesti halus, beradab sopan, perlakuan lemah-lembut, dan berbudi pekerti.
  • J. Ferguson dan Das Gupta (1968), mentafsir kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Misalnya: wujud persetujuan bersama dalam masyarakat, mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat, biasanya mengamalkan budaya yang sama dan ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.
  • Grice mendefinisikan kesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan.Beliau telah membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu: maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim kekeluargaan (pertalian) dan maksim cara.
  • Menurut Asmah Haji Omar, 2000, kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. Beliau  telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Beliau berkata bahawa kesantunan bukan strategi semata-mata sebaliknya kesantunan merupakan ciri budaya yang menghendaki ahli masyarakatnya bersopan santun dan menghormati antara satu sama lain. Malahan, beliau berkata bahawa pembinaan tingkah laku yang santun dalam kalangan orang Melayu adalah menerusi proses didikan yang panjang dan berterusan. Ini menjadi ciri budaya orang Melayu. Oleh hal yang yang demikian Islam adalah tunjang pembinaan budaya orang Melayu.
  •  Awang Sariyan(2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Rumusan bagi takrif kesantunan berbahasa adalah santun berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi. Bahasa yang digunakan mestilah digunakan penuh dengan adab, tertib dan bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau konflik.


Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku dan gaya dan ragam.Pemilihan kata haruslah Sesuai dengan situasi dan topik perbincangan. Nada perlu rendah / lembut manakala gerak laku adalah lemah lembut. Gaya dan ragam adalah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak. Ciri- ciri kesantunan bahasa banyak, contohnya dari segi nada suara misalnya mesti tenang, lembut, jelas, tidak nyaring, tidak sinis, tidak marah, mengawal perasaan, tidak mengada-ngada dan tidak biadap.


Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.



RUJUKAN

Asmah Hj. Omar.(2000). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sarian.(2007). Bahasa sebagai jati diri bangsa: Isu, cabaran dan keupayaan pelastarian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fishman. J. Ferguson & Das Gupta.(Ed. 1968). Language problem of developing nations. New York : John Wiley.

Kamus Dewan Edisi Baharu. (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leech, Geoffrey, N (1983). Principles of pragmatics. London : Longman.

Samuel P.Huntington, 1997, The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order, London: Simon & Schuster.

Teo Kok Seong.(2003) . Kesantunan berbahasa kes bahasa Melayu. Dewan Bahasa Mac hal. 14-23. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaaba. (1964). Kalong bunga buku 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka