Menurut
Kamus Dewan, 1994 Santun merupakan perihal (sifat dsb) santun, kesopanan,
kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti). Berbahasa dengan santun ialah menggunakan
bahasa secara:halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan, dan berusaha
menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.
PANDANGAN TOKOH-TOKOH DUNIA DAN TEMPATAN
- Lakoff
(1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran
dalam sesuatu interaksi.
-
Fraser
dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan
digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni
dalam komunikasi.
- Kesantunan
dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan
terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
- Leech (1983),
menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi.Contohnya: bahasa mesti halus, beradab
sopan, perlakuan lemah-lembut, dan berbudi pekerti.
- J. Ferguson dan Das Gupta (1968), mentafsir
kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan
sebarang konflik. Misalnya: wujud persetujuan bersama dalam masyarakat,
mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat, biasanya mengamalkan budaya yang
sama dan ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.
- Grice
mendefinisikan kesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun dan hendaklah
memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan.Beliau telah
membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu: maksim kuantiti, maksim
kualiti, maksim kekeluargaan (pertalian) dan maksim cara.
-
Menurut
Asmah Haji Omar, 2000, kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan
oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan dengan
kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. Beliau telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
kesantunan asas dan kesantunan berkala. Beliau berkata bahawa kesantunan bukan
strategi semata-mata sebaliknya kesantunan merupakan ciri budaya yang
menghendaki ahli masyarakatnya bersopan santun dan menghormati antara satu sama
lain. Malahan, beliau berkata bahawa pembinaan tingkah laku yang santun dalam kalangan orang Melayu adalah
menerusi proses didikan yang panjang dan berterusan. Ini menjadi ciri budaya
orang Melayu. Oleh hal yang yang demikian Islam adalah tunjang pembinaan budaya
orang Melayu.
- Awang
Sariyan(2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik,
sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
pihak yang menjadi teman bicara.
Rumusan
bagi takrif kesantunan berbahasa adalah santun berbahasa bermaksud kesopanan
dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi. Bahasa
yang digunakan mestilah digunakan penuh dengan adab, tertib dan bertatasusila
supaya wujud suasana komunikasi yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau
konflik.
Kesantunan
berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku dan gaya dan
ragam.Pemilihan kata haruslah Sesuai dengan situasi dan topik perbincangan.
Nada perlu rendah / lembut manakala gerak laku adalah lemah lembut. Gaya dan
ragam adalah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak. Ciri- ciri
kesantunan bahasa banyak, contohnya dari segi nada suara misalnya mesti tenang,
lembut, jelas, tidak nyaring, tidak sinis, tidak marah, mengawal perasaan,
tidak mengada-ngada dan tidak biadap.
Dalam
kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang
tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran,
rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan
berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti
nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan
keakraban hubungan. Bahasa
halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab
tata tertib.''Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa
halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan
berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih,
bercemar duli dan sebagainya. Kata
dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata
dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban
hubungan.
RUJUKAN
Asmah
Hj. Omar.(2000). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang
Sarian.(2007). Bahasa sebagai jati diri bangsa: Isu, cabaran dan keupayaan
pelastarian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fishman.
J. Ferguson & Das Gupta.(Ed. 1968). Language problem of developing nations.
New York : John Wiley.
Kamus
Dewan Edisi Baharu. (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leech,
Geoffrey, N (1983). Principles of pragmatics. London : Longman.
Samuel
P.Huntington, 1997, The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order,
London: Simon & Schuster.
Teo
Kok Seong.(2003) . Kesantunan berbahasa kes bahasa Melayu. Dewan Bahasa Mac
hal. 14-23. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaaba.
(1964). Kalong bunga buku 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka